Friday, July 10, 2009

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG




Di Turki menikmati teh di gerai





Hari ini adalah 10 Julai 2009. Jam 2.15 ptg nanti genaplah umur anak kesayangan yg aku rindu nan jauh di mata 19 tahun... masa menulis ni air mata aku berlinangan.. I do miss him so much.



Di Frankfurt Airport masa stop-over last yr




Last two days dia sms aku kata dia dah nak bertolak pi bercuti ngan kengkawan yg sama tak balik cuti tahun ni. Katanya nak ke Tasik Baikal... Aiman memang pencinta alam semulajadi.. bg dia vacation adalah melihat muzium, tempat bersejarah dan kecantikan alam semulajadi.




Kesemua buah hati aku



Kekadang kami ketawa bila tiba2 dia kata "wah suasana romantik".. bg dia romantik adalah sesuatu yg indah dan menawan utk dihayati.



Semasa musim salji di NN




Aiman lahir lambat... hampir masuk bulan ke 10.. menjaganya sejak lahir hingga 6 bulan.. penuh dengan tangisan kemudian dia menjadi anak yg begitu aktif sehingga aku memanggilnya tangan sotong.. seolah2 tangan ada lebih dr dua.. satu tangan di tahan dr mencapai brg A.. tgn satu lagik mencapai brg B.. pantang lepa..


After all the emotional ups n downs yg dia hadapi sejak umur 10 tahun.. dipukul bila membuat sedikit kesilapan.. digertak supaya tidak mengadu dengan aku.. Alhamdullilah dia membesar menjadi seorang yg boleh diharap..

Untuk anak aku Aiman.. semuga menjadi anak yg beriman dan soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. dilindungi Allah dr segala godaan syaitan dan malapetaka.. sentiasa ingat pd mak dan adik2 di sini.. belajar bersungguh2 supaya dpt lulus dengan cemerlang..Amin


Thursday, July 9, 2009

KOREAN FOOD AGAIN

Since the last 3 weeks setiap hari pasti aku akan masuk website masakan Korea www.maangchi.com utk cek food recipe. Antara makanan WAJIB Korea adalah Kimchi.. siapa yg tak tau Kimchi adalah seperti jeruk sayur... kalau jeruk sayur yg kita beli selalu masin dan a bit masam.. manakala Kimchi dr Korea ada rasa masin, masam and pedas.

Nak tau lebih pasal Kimchi leh check kat Wiki and for nutrition n health properties for Kimchi click here

Last Sunday setelah mengumpul begitu banyak maklumat cara pembuatan Kimchi.. so aku pun meneruskan pembuatannya... memula tu cuak jugak lah takut tak jadi. So aku tunggu hingga Rabu utk bukak and keluarkan.. Alhamdullilah menjadi walaupun a bit salty sbb maybe fish sauce yg aku guna memang masin .. dan a bit sour sbb patutnya aku bukak hari Selasa tapi aku extend till Rabu.

Aku buat banyak jugak.. siapa yg biasa makan Kimchi and nak rasa yg aku buat bagi tau lah mana tau aku boleh htr sebekas.. atau dtg amik kat rumah atau opis.

So tenguk gambau jelah.. geng2 kat FB dah tenguk dah gambau ni sume

Aku guna cabbage atau kubis panjang.. walaupun tak sebesar yg kat Korea. Perlu dilumurkan dengan garam setiap helai daun utk buang air dlm kubis tu






Lepas tu kubis di diamkan kat tempat air mudah mengalir selama 2 jam








Sementara tu boleh le potongkan daun kucai, lobak merah dan lobak putih sebagai sayur tambahan dlm kimchi








Sayur tadi dicampurkan dengan perencah kimchi yg diperbuat dr tepung pulut, air, sos ikan, serbuk cili, gula, bawang besar, bawan putih n halia the colour should be bright red kalau dpt serbuk cili yg cantik






Lepas 2 jam, boleh lah dicucikan sayur kubis tadi utk buang segala garam yg dilumurkan tadi, cuci kena betul hilang garam dan kemudian diperah kering






Lumurkan bahan sayur dan bahan kimchi tadi di antara helaian2 daun kubis dan perap dlm bekas kedap udara.. aku masukkan dlm pasu .. ala-ala zaman dulu cuma aku tak tanam aje, aku tutup dan ikat rapat2






Selepas 2 hari aku keluarkan dan potong kubis yg dah jadi jeruk tu kepada hirisan kecil2, mudah utk dihidangkan dan masukkan dlm fridge






Warna kimchi aku kurang menarik sbb aku guna serbuk cili biasa dan bukan serbuk cili Korea khas utk Kimchi.. mahal giler serbuk tu 250 gm - RM 26.00.. bangkrup.. actually Korean amat mementingkan warna merah Kimchi but aku tak kisah lah asalkan Kimchi aku menjadi dan menjadi Banchan (makanan sampingan) bila aku makan nasi dah kira Alhamdullilah.. tak le sesedap kimchi yg Nora belikan aku kat Singapore tapi lebih sedap dr dihidangkan di Seoul Garden.

Bare in mind tak sume Kimchi walaupun vegetable based tapi ada yg letak pork atau daging lembu utk perisa dan ada jugak yang meletak "rice wine". Yang aku tenguk "maangchi" letak oyster.. aku tak nak letak seafood sebab nanti kuat baunya dan jugak oyster pun mahal weh.. tak mampu. So Kimchi yg aku buat ni pakai fish sauce yg halal jadi ... this Kimchi is halal dan leh makan tanpa was2

Untuk cara buat yg lebih detail leh tenguk video klip ni.

Tuesday, July 7, 2009

TELEPHONE "MASUK AIR"

Telepon kau masuk air lagik ke?

Kak Anie aku tu tanya hari tu

aha masih masuk air.. lom kering2 lagik ha ha ha..

memang hp aku dah "masuk air" sejak April lagik. so aku tak leh buat call atau sms langsung n dah masuk bulan ke 4 dah ni. Since aku pulak ada amik satu promotion utk terikat RM 200.00 sebulan maka kalau aku tak guna pun still kena caj 200... cheh!!! Aku nak buat camana pun tak tau.. aku sayang no aku yg teramatlah cantik tu.

Puncanya pun sebab kebodohan aku jugak... hu hu hu.


Sebabnya dlm bulan April tu aku call Aiman guna hp dia no Mesia yg roaming.. dulu aku buat sekali tapi sekejap aje tak ler terasa mahalnya.. tapi aku ada hal sikit ngan anak bujang aku yg jauh nuuuuu... so aku call lah tanpa aku sedari semuanya hampir RM 700.00 .........bayangkan 17 minit = RM 391.00??????????

uwaaaa!!!!!!!!!!!! meraung beb... kena lak lebih 30 minit ... uwaaaaaaaa!!!!


Pastu aku ke Singapore dan Batam awal January ni and ada gak office call .. kalau org call tu aku tak kenal memang aku tak angkat but kalau ofis memang aku angkat.. itupun aku bising2 kena mende yg penting.. aku kena caj lagik dalam RM 100.00..

Katalah aku ni bodoh ke apa... tapi memangaku jrg aku tenguk bill sebab aku dpt e bill (kengkonon nak jimat 5.00), and aku cuma cek amount dan selalunya bil aku ngan Aiman (2 nombor) tak penah lebih RM 150.00, so aku main tolak aje kat May**** 2u tu. Lepas tu tak mencukupi dan bila aku tenguk bil .... uwaaaaaa!!!!!!!!!!!!!! baru aku sedar dr tido rupanya roaming ni teruk sungguh caj nya.

So dah masuk bulan ke 4 lah aku tak boleh buat call out.........and aku survive jugak he he he .. kalau aku ada jumpa orang atau ada apa2 yg penting aku akan pinjam hp anak aku. Kalau tidak memang aku terima call aje.. walaupun kekadang inconvenient but still oklah .. surviving.










Cuma aku tak suka si Max** ni suruh pihak ke 3 yg mintak hutang .. tiap hari mereka call, tak dpt hp dia call opis.. aku dah bayar dah sikit tapi tak mencukupi, memula dulu aku janji gak nak bayar berapa but now aku jawab terus terang aje..

puan.. bila nak bayar

tak tau

bagi lah tarikh bila boleh bayar

gaji nanti kot

lama sangat tu.. bayar lah sikit

kalau sikit tu berapa?

300 ke ... 400 ke

ooo itu banyak tu.. bg saya kalau sikit tu 30 ke 40 ke.boleh????

itu tak mencukupi puan

kalau cam tu saya tak leh bayar


takkan puan tak boleh?? kalau tak bagi tarikh puan boleh bayar

saya tak leh bagi tarikh.. saya ni ibu tunggal.. ex saya kata bulan ni dia tak tau dpt bayar nafkah ke tak...

gaji puan?

gaji saya memang ada

jadi puan guna gaji puanlah bayar

eh.. begini.. duit gaji saya ada yg saya simpan utk makan minum anak saya sementara ex saya tak bagi nafkah anak. Nanti saya bagi kat Max** anak saya nak makan apa sampai ujung bulan???

ooo lepas tu puan tak dpt bagi date

tak

nanti puan kena blacklist nanti


tak pelah saya dah kena blacklist dah.. kena lagik pun tak per

terus budak pompuan tu tak tau nak cakap apa dah.. So now dia orang tak call aku dah... itulah orang kata "Honesty is the Best Policy"

So sapa2 yg sms aku dan aku tak balas faham2 jelah

P/S... order durian tarts aku masih terbuka hingga end July..


psssttt order le lebih2 leh aku bayar bil hp aku.. kuang kuang kuang kuang.. ahaks gurau je

Monday, July 6, 2009

KISAH ANAK2 DAN KISAH BUSINESS

Last Friday aku dijemput utk menghadiri majlis penyampaian report card Amiza n Arif. Aku ni tak berapa suka hadiri aktiviti kat sekolah, anak2 pun tau... sukan ke... PIBG meeting ke.. apa pun aku kurang gemar esp since aku sorang. Tapi kalau one to one cam ni aku usahakan utk pegi jugak.. at least aku tau perkembangan bebudak ni kat sekolah.

Dalam kol 11 aku ke kelas Arif, masa aku dtg ada 2 parents ahead of me. Kelas Arif atas sekali, masa aku kat bawah lagik aku dah dengar suara Arif berbual dan ketawa. Sampai aje ke tingkat atas, memang pun dia tengah lepak ngan kengkawan kat atas lantai tepi koridor.. aduhai patutlah kasut baju kotor belaka....

Bila tiba giliran aku masuk... aku bersalaman dengan cikgu nya

oooo ini ibu Arif ye?

kata cikgu sambil menghulurkan sekeping kertas .. skrg tak sign dlm record book dah.. sign kat kertas yg dilekatkan di rekod book dan copynya boleh aku bawa pulang.

Aku tenguk result Arif yg cuma ada 2A 3B... hanya Maths n BI aje A.. BM Pemahaman dapat result paling teruk. Kata cikgu

Arif kena banyak baca buku Bahasa Malaysia dan buat past year's questions. Soalan pemahaman memang mengelirukan.. banyak menggunakan bahasa yg jrg kita gunakan seharian.. mcm budak2 tak faham... bila gambar "
menjulang piala" budak2 jawab "mengangkat piala"... perbezaan mengangkat.. menjinjing.. memikul ... mengepit.. semuanya jarang kita guna dlm bahasa pasar.


Aku cuma mendengar sesekali menyampuk..

BM yg perlu banyak buat latihan, Sains ni memang susah kali ni. BI lak dia memang tak de masalah .. gitu jugak ngan Maths.. cuma dia bila dah cepat habis buat dia suka jalan2 sana sini

cikgu.. saya bukan jalan2 .. kawan2 tanya saya..

lepas tu awak bagi jawapan

tak cikgu saya ajar..

ada aje jawab kau ngan cikgu ek?

betul mak arif ajar..tapi dia orang tak dpt Arif bagi le jawapan

sengih aje dia menjawab aku..Alhamdullilah nampak jugak berbaloi aku bayar Kumon dia tiap bulan.

Kemudian aku disuakan dengan markah lisan BI dan BM. Arif mendapat markah rendah utk intonasi dan jugak kejelasan/clarity (kalau aku tak silap)

Arif ni ada masalah speech ek? percakapan dia kurang jelas.. dia bercakap mcm bersambung2 perkataan. Saya kekadang bertanya dia berkali2 nak fahamkan.

Memang.. saya faham sbb dah biasa tapi ada gak kengkawan saya yg bagi tau Arif cakap tak jelas.. hows abt BI?

sambil aku melihat markah lisan BI..

Mak.. you see ni markah lama.. yg ni markah baru lepas Arif balik Singapore.. see full marks.

so... ???

so I must go to Singapore again.. (katanya sambil berbisik) sempat jugak dalam diam mengenakan aku ..

lagi satu.. dia ni memang bongkok kan? Kalau duduk tu belakang dia bulat aje.. saya yg jadi risau tenguk, budak ni tak sakit ke badan? kekadang saya tegur dia tegak keja pastu bongkok balik.

dia memang mcm tu cikgu.. dah keturunan nak buat macamana..

itulah saya naik risau jadinya, tak elok utk tulang belakang.

nantilah saya tegur2kan selalu... InsyaAllah

Sambil aku turun aku cakap ngan Arif

Baguslah.. tak merasalah mak nak ada anak dpt 5A UPSR....

Anak2 aku belum ada yg dpt 5A utk UPSR.. Aiman 4A, Anis 3A n Amiza 2A.. tapi bak kata Anis

kalau Arif dpt 5A pun bukan mak nak bagi dia masuk asrama.

Tapi nak gak merasa ye tak anak dpt 5 A?

Lepas aku ke sekolah Arif aku ke sekolah Amiza. Cam biasa result Amiza bercampur.. dr A hingga ke D. Subject Maths markah tinggi manakala subjek Sejarah mendapat D.

Dia ni aktif.. drama lah.. choral speaking lah.. usahawan lah... silat lah.. tu sebab ada kelas ketinggalan

emmm...

aku menjeling Amiza yg cuma sengih aje.

Akaun dan perdagangan ni kena belajar lebih sikit sebab dia tak de basis dr tingkatan 3..

dia ni cikgu katanya dia nak jadi chef

nak jadi chef pun kena tau pasal akaun .. nanti nak bukak restoren ke?

Semasa aku nak berpusing balik tiba2 cikgu dia menegur aku

eh... puan.. boleh tumpang tanya

saspen aje aku sbb tetiba cikgu dia bertanya dengan serious..

aha

Puan ada kenal tak seorang cikgu nama N....

eh tu kakak saya.. kak long saya .. kenapa?

itu kawan saya masa sama2 mengajar kata SMK T***w*****, kat mana dia skrg?

camana tau saya kenal N

saya tenguk nama puan ni... nama ayah puan unik ... mana ada nama ni kat mana2 saya ingat kak N pun nama ayah dia ini.. saya rasa mesti ada kena mengena.

dari satu perbualan pendek mengenai anak aku dah jadi panjang lebar mengenai kak long aku.. aduhai macam2.

Selain dr aku sibuk mengambil report card aku jugak sibuk menyiapkan pesanan tat durian yg datang .. Alhamdullilah.. dr Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari ni aku dah membuat hampir 300 biji tat durian.





Deretan tart sebelum dibungkus




Sempat jugak dalam kesibukan aku menyinggah ke rumah blogger ni melihat beg2 pesanan pelanggannya.. aduhai naik rambang mata aku dibuatnya. Anak2 aku yg terlebih excited melihat bermacam-macam corak beg yg cantik hasil tangan ummi. Ummi ni betul kreatif dan sabar sunguh menjahit.

Sekarang ni mata aku mengantuk sebab pagi tadi aku bangun 4.15 pagi utk menyiapkan order hari ni. Untuk Rohana, Kak Aini, Ummi365, Nadia, Maizatul, Irfa dan Fiza yg dah 2 kali memesan, terima kasih bebanyak.

Thursday, July 2, 2009

MY ANAK-ANAK BULUS

Tak de apa nak citer laaa.. otak tengah penuh ngan order tat durian yang datang .. cuma nak citer tentang "anak bulus" aku yg 9 ekor kat rumah tu.


Yang ni dulu 3 kucing kesayangan aku.. dari kiri Kutam..(stands.. for Kucing Hitam) dah mati dah lepas pertama kali melahirkan.. huhu mati dalam pantang. Dia tu mata buta sebelah. Bulu dia keras.. tak suka kalau dia meleseh.

Yang tengah adalah kucing jantan adik beradik Kutam.. nama dia Pooren (stands for Putih Oren). Dia ni dah hulang ntah ke mana dah.. sedih aku..

And yg hujung warna oren tu kesayangan aku.... the cat bos kat rumah aku dan anak bulus yg paling aku sayang. Nama dia Tito.. Myza yg bagi nama sbb dia suka tido. Dia ni aku jumpa kat tpt parking keta kat opis. Aku cakap ngan Ikin kalau tak de orang amik dia hari Jumaat aku nak amik sbb nampak dia dok mengekor orang. Sayangnya bila Jumaat dia dah dilanggar. Nasib baik panjang umur .. cuma kaki je tempang. But after that dia dah baik..

Orang kata tak baik amik gamabr kucing nanti kucing mati.. dua ekor dr 3 ni dah takde..













Tito skrg dah gumuk... ada 8 kilo kot berat dia ni. Kalau tido posisi mesti lucah giler












Yang 3 ni anak Kutam... sekor nama Komot (stands for Kotor n Comot).. dia ni really bulu npk kotor but she is cute.. Half-Half sebab bulu kat muka dia hal orange and half black.. since nama Half2, mata dia pun jadi half boleh nampak.. dan Pubu.. (stands for Putih Kelabu)..

Agaknya memang penyakit keturunan maka anak-anak Kutam.. si Half2 n Pubu pun sama kena sakit mata.. kali ni aku ada duit sikit dan sempat bawa ke klinik.. dah ok dah mata dia. Tiap hari aku sapu krim mata dan bagi makan ubat selsema. Nasib baik pil tu kecik senang aje aku jentik dlm tekak dia.

Komot and Pubu tidak berpelukan..sekarang dah besar.. bulan depan aku nak "kasi"kan mereka bertiga.. nanti beranak pinak lagik














Ini Half-Half masa sebelum sakit mata..


















Ini gambar masa Pubu sakit mata.. cian dia













Cian Half-Half masa sakit mata, nor mata dia dah ok.. cuma ada selaput tipis cam cataract tu belum lagik clear.












Hah... 4 ekor ni lak lahir dalam aku kedemaman citer Korea.. BOF.. since ada 4 ekor maka aku namakan ikut karektor BOF tu.. Gu Jun Pyo, Yun Ji hoo, Yi Jeong and Song Wu Bin. Emak ke4 ekor ni memang garang... tak dapat nak sentuh tak dapat nak amik gambar.. garang giler. Kalau lalu pun sebelah pun dia nak cakar. Aku namakan dia Ibu Celoreng sbb warna dia 3 dan berceloreng di badan

So ... tiap hari aku panggil kucing2 aku atas mamat Korea..



Yang warna kelabu tu namanya Wu bin manakala yg oren tu adalah Jun Pyo.. Jun Pyo is the most cute cat.. tu sbb dpt gelaran Jun Pyo the most handsome amongst the 4 BOF








This Ji Hoo.. dlm BOF karektor Ji Hoo suka pakai pakaian putih and bulu dia banyak putih so sesuai nama Ji Hoo














And this is Yi Jeong.. the 3rd cute cat.. hidung, telinga dan berstokin coklat..

Wednesday, July 1, 2009

SORANG LAGIK BERSPEC



Tak clear le pulak surat yg aku scan ni.. actually surat ni Arif bagi kat aku semalam ... Tajuknya


MEMAKLUMKAN HASIL LAWATAN PEMERIKSAAN KESIHATAN/SUNTIKAN IMUNISASI DI SEKOLAH


Didapati anak jagaan tuan/uan menghadapi masalah seperti dibawah :-


a) Mempunyai masalah penglihatan (rabun jauh)

Keputusan pemeriksaan : kanan 6/18 kiri 6/12

Normal kanan 6/6 kiri 6/6


Tindakan : Anak tuan/puan perlu memakai/menambah pawer cermin mata


p/s ejaan pawer tu adalah ejaan sebenar dr slip Pasukan Kesihatan Sepang


Selain dr cek mata.. ada jugak mengenai obesiti.. Arif kata 4 rakan kelas dia kena 'ticked' bhgn obesiti.. dan 2 orang bhgn 'tak cukup zat makanan/kekurangan berat badan'. Tiada yg rabun warna.


So dengan adanya surat ni kenalah aku bawa Arif pi buat spec mata.. ini bermakna anak2 aku ... Aiman. Anis and Arif dah berkaca mata termasuk aku dan abah mereka. Amiza aje yg sibuk nak bergaya dgn spec tapi mata dia masih ok.
Aku dok bebel ngan Arif ..


padan muka asyik mengadap komputer aje dah tak hensem dah pakai spec.

Tuesday, June 30, 2009

KOREAN FOOD CRAZE

Since aku dok tenguk citer Boys Over Flowers ni aku dah gile sungguh ngan makanan Korea. Apatah lagik tenguk si Jun Pyo mengadap seperiuk ramyun dan melihat Jandi makan nasi ngan Kimchi. Apatah lagi apabila melihat Jandi menyuap Jun Pyo makan masa their last picnic together. Teruja rasanya. Ditambah pulak baru2 ni aku dok tenguk Coffee Prince I, Eun Chan makan bersungguh2 membuatkan aku rasa lapar.



Ini picnic packed yg si Jandi suap Jun Pyo masa dlm citer BOF






So aku mula lah mencari resepi2 Korea and I found this http://www.maangchi.com/ which tunjuk video kat youtube .. and then aku dapat tau kat KL ni ada tpt yg dinamakan Little Korea berhadapan dengan Ampang Point. Sayangnya tempat ni tak ada halal Korean Rest.. semuanya non-halal. Skrg ni tempat favourite aku adalah di Lotte Mart. Aku suka beli the Korean spoon which pemegangnya lebih panjang dr sudu biasa. Brgn kat sini pun harganya boleh tahan.

Skrg ni aku dah pandai cakap gochugaru - chilly powder (aku tak beli yg ni.. mahal giler esp utk buat kimchi 500 gm - RM 26.00) doenjang - tauchu, gojuchang - chilli paste (serbuk chilli + doenjang + kicap + honey)

So last Sunday aku dah plan nak buat Korean meal utk lunch. Pepagi aku dah bangun ke pasar dan masak. Aku plan nak buat Bibimbap (mixed rice with beef n lots of vegetable n egg), Kimbap (sushi for japanese), Miso soup/doenjang jjigae and Korean egg roll/Gye Ran Mal Ee.

The children was so excited sbb tetiba mak dia terlebih rajin... since mereka kelaparan sbb no dinner after melantak .. makan2 kat Seoul Garden semalam. Kenyang sampai ke pagi kata orang.
So these are the pictures taken on Sunday


Doenchang jjigae aku yg penuh ngan seaweed, tak sangka lak seaweed ni kalau direndam menjadi banyak.. aku amik tak sampai segenggam pun



Egg rolls







Kimbap/Sushi aku yg menjadi tapi sayangnya pisau aku tak cukup tajam jadi bila potong tak cantik sungguh




Antara sayur mayur yg ada, aku pakai mushroom inoki yg aku dpt beli murah, actually selalu org Korea guna dried shitake




Inilah bahan2 utk bibimbap aku.. daging plus telur mata/ceplok.






Ini contoh gambar Bibimbap. Kekadang org guna hot stone utk makan sbb telur mentah yg akan digaulkan. Aku punya bibimbap tak de gambau.. tak sempat nak amik