Monday, July 6, 2009

KISAH ANAK2 DAN KISAH BUSINESS

Last Friday aku dijemput utk menghadiri majlis penyampaian report card Amiza n Arif. Aku ni tak berapa suka hadiri aktiviti kat sekolah, anak2 pun tau... sukan ke... PIBG meeting ke.. apa pun aku kurang gemar esp since aku sorang. Tapi kalau one to one cam ni aku usahakan utk pegi jugak.. at least aku tau perkembangan bebudak ni kat sekolah.

Dalam kol 11 aku ke kelas Arif, masa aku dtg ada 2 parents ahead of me. Kelas Arif atas sekali, masa aku kat bawah lagik aku dah dengar suara Arif berbual dan ketawa. Sampai aje ke tingkat atas, memang pun dia tengah lepak ngan kengkawan kat atas lantai tepi koridor.. aduhai patutlah kasut baju kotor belaka....

Bila tiba giliran aku masuk... aku bersalaman dengan cikgu nya

oooo ini ibu Arif ye?

kata cikgu sambil menghulurkan sekeping kertas .. skrg tak sign dlm record book dah.. sign kat kertas yg dilekatkan di rekod book dan copynya boleh aku bawa pulang.

Aku tenguk result Arif yg cuma ada 2A 3B... hanya Maths n BI aje A.. BM Pemahaman dapat result paling teruk. Kata cikgu

Arif kena banyak baca buku Bahasa Malaysia dan buat past year's questions. Soalan pemahaman memang mengelirukan.. banyak menggunakan bahasa yg jrg kita gunakan seharian.. mcm budak2 tak faham... bila gambar "
menjulang piala" budak2 jawab "mengangkat piala"... perbezaan mengangkat.. menjinjing.. memikul ... mengepit.. semuanya jarang kita guna dlm bahasa pasar.


Aku cuma mendengar sesekali menyampuk..

BM yg perlu banyak buat latihan, Sains ni memang susah kali ni. BI lak dia memang tak de masalah .. gitu jugak ngan Maths.. cuma dia bila dah cepat habis buat dia suka jalan2 sana sini

cikgu.. saya bukan jalan2 .. kawan2 tanya saya..

lepas tu awak bagi jawapan

tak cikgu saya ajar..

ada aje jawab kau ngan cikgu ek?

betul mak arif ajar..tapi dia orang tak dpt Arif bagi le jawapan

sengih aje dia menjawab aku..Alhamdullilah nampak jugak berbaloi aku bayar Kumon dia tiap bulan.

Kemudian aku disuakan dengan markah lisan BI dan BM. Arif mendapat markah rendah utk intonasi dan jugak kejelasan/clarity (kalau aku tak silap)

Arif ni ada masalah speech ek? percakapan dia kurang jelas.. dia bercakap mcm bersambung2 perkataan. Saya kekadang bertanya dia berkali2 nak fahamkan.

Memang.. saya faham sbb dah biasa tapi ada gak kengkawan saya yg bagi tau Arif cakap tak jelas.. hows abt BI?

sambil aku melihat markah lisan BI..

Mak.. you see ni markah lama.. yg ni markah baru lepas Arif balik Singapore.. see full marks.

so... ???

so I must go to Singapore again.. (katanya sambil berbisik) sempat jugak dalam diam mengenakan aku ..

lagi satu.. dia ni memang bongkok kan? Kalau duduk tu belakang dia bulat aje.. saya yg jadi risau tenguk, budak ni tak sakit ke badan? kekadang saya tegur dia tegak keja pastu bongkok balik.

dia memang mcm tu cikgu.. dah keturunan nak buat macamana..

itulah saya naik risau jadinya, tak elok utk tulang belakang.

nantilah saya tegur2kan selalu... InsyaAllah

Sambil aku turun aku cakap ngan Arif

Baguslah.. tak merasalah mak nak ada anak dpt 5A UPSR....

Anak2 aku belum ada yg dpt 5A utk UPSR.. Aiman 4A, Anis 3A n Amiza 2A.. tapi bak kata Anis

kalau Arif dpt 5A pun bukan mak nak bagi dia masuk asrama.

Tapi nak gak merasa ye tak anak dpt 5 A?

Lepas aku ke sekolah Arif aku ke sekolah Amiza. Cam biasa result Amiza bercampur.. dr A hingga ke D. Subject Maths markah tinggi manakala subjek Sejarah mendapat D.

Dia ni aktif.. drama lah.. choral speaking lah.. usahawan lah... silat lah.. tu sebab ada kelas ketinggalan

emmm...

aku menjeling Amiza yg cuma sengih aje.

Akaun dan perdagangan ni kena belajar lebih sikit sebab dia tak de basis dr tingkatan 3..

dia ni cikgu katanya dia nak jadi chef

nak jadi chef pun kena tau pasal akaun .. nanti nak bukak restoren ke?

Semasa aku nak berpusing balik tiba2 cikgu dia menegur aku

eh... puan.. boleh tumpang tanya

saspen aje aku sbb tetiba cikgu dia bertanya dengan serious..

aha

Puan ada kenal tak seorang cikgu nama N....

eh tu kakak saya.. kak long saya .. kenapa?

itu kawan saya masa sama2 mengajar kata SMK T***w*****, kat mana dia skrg?

camana tau saya kenal N

saya tenguk nama puan ni... nama ayah puan unik ... mana ada nama ni kat mana2 saya ingat kak N pun nama ayah dia ini.. saya rasa mesti ada kena mengena.

dari satu perbualan pendek mengenai anak aku dah jadi panjang lebar mengenai kak long aku.. aduhai macam2.

Selain dr aku sibuk mengambil report card aku jugak sibuk menyiapkan pesanan tat durian yg datang .. Alhamdullilah.. dr Jumaat, Sabtu, Ahad dan hari ni aku dah membuat hampir 300 biji tat durian.





Deretan tart sebelum dibungkus




Sempat jugak dalam kesibukan aku menyinggah ke rumah blogger ni melihat beg2 pesanan pelanggannya.. aduhai naik rambang mata aku dibuatnya. Anak2 aku yg terlebih excited melihat bermacam-macam corak beg yg cantik hasil tangan ummi. Ummi ni betul kreatif dan sabar sunguh menjahit.

Sekarang ni mata aku mengantuk sebab pagi tadi aku bangun 4.15 pagi utk menyiapkan order hari ni. Untuk Rohana, Kak Aini, Ummi365, Nadia, Maizatul, Irfa dan Fiza yg dah 2 kali memesan, terima kasih bebanyak.