
Di Turki menikmati teh di gerai
Hari ini adalah 10 Julai 2009. Jam 2.15 ptg nanti genaplah umur anak kesayangan yg aku rindu nan jauh di mata 19 tahun... masa menulis ni air mata aku berlinangan.. I do miss him so much.
Last two days dia sms aku kata dia dah nak bertolak pi bercuti ngan kengkawan yg sama tak balik cuti tahun ni. Katanya nak ke Tasik Baikal... Aiman memang pencinta alam semulajadi.. bg dia vacation adalah melihat muzium, tempat bersejarah dan kecantikan alam semulajadi.
Kesemua buah hati aku
Kekadang kami ketawa bila tiba2 dia kata "wah suasana romantik".. bg dia romantik adalah sesuatu yg indah dan menawan utk dihayati.
Aiman lahir lambat... hampir masuk bulan ke 10.. menjaganya sejak lahir hingga 6 bulan.. penuh dengan tangisan kemudian dia menjadi anak yg begitu aktif sehingga aku memanggilnya tangan sotong.. seolah2 tangan ada lebih dr dua.. satu tangan di tahan dr mencapai brg A.. tgn satu lagik mencapai brg B.. pantang lepa..
After all the emotional ups n downs yg dia hadapi sejak umur 10 tahun.. dipukul bila membuat sedikit kesilapan.. digertak supaya tidak mengadu dengan aku.. Alhamdullilah dia membesar menjadi seorang yg boleh diharap..
Untuk anak aku Aiman.. semuga menjadi anak yg beriman dan soleh, berjaya di dunia dan akhirat.. dilindungi Allah dr segala godaan syaitan dan malapetaka.. sentiasa ingat pd mak dan adik2 di sini.. belajar bersungguh2 supaya dpt lulus dengan cemerlang..Amin







|